Pesawat mendarat cemas di lebuh raya

Pesawat mendarat cemas di lebuh raya

SEBUAH pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Kulai, Johor, pagi tadi.

Bagaimanapun, juruterbang dan seorang lagi penumpang yang turut berada dalam pesawat itu dilaporkan selamat dan tidak cedera, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pegawai trafik berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Pesawat ringan itu bukan terhempas, ia mendarat cemas dan setakat ini belum ada maklumat mengapa ia mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video pesawat terbabit berada di tepi lebuh raya berkenaan. – Malaysiapost

Komen