Covid-19: 1,884 kes baharu tertinggi setakat ini

Covid-19: 1,884 kes baharu tertinggi setakat ini

Nilam Oshman

SEBANYAK 1,884 kes dilaporkan hari ini sekali gus menjadi angka tertinggi pernah dilaporkan sejak wabak Covid-19 melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan kes positif di Malaysia sebanyak 56,659 kes.

Menurutnya, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 1,203 kes.

“Diikuti Sabah yang melaporkan sebanyak 289 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (196), Kedah (36) dan Negeri Sembilan sebanyak 41 kes, ” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan dua kes kematian melibatkan warganegara, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 337 kes,” katanya. -Malaysiapost

Komen