Covid-19: 28 kilang Top Glove diarah tutup berperingkat

Covid-19: 28 kilang Top Glove diarah tutup berperingkat

KERAJAAN mengarahkan 28 kilang sarung tangan Top Glove di tutup secara berperingkat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peningkatan kes positif Covid 19 yang mencecah kepada empat angka dalam tempoh sehari menyebabkan kerajaan bersetuju mengambil langkah tersebut.

“Saya difahamkan hari ni sahaja sebanyak 1, 067 kes covid positif di dapati di kalangan pekerja kilang top glove ini.

“Atas nasihat, penilaian dan risiko KKM, sidang khas hari ni bersetuju supaya 28 kilang top glove di kwasan tersebut, di Kapar Klang ditutup secara berperingkat bagi membolehkan pekerja pekerja kilang menjalani ujian saringan dan dikuarantinkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, penguatkuasaan penutupan 28 kilang Top Glove ini akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor.

“Kita serahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor untuk memastikan penutupan kilang kilang tersebut,” katanya.

Pada 16 November lalu kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove yang akan berakhir pada 30 November ini. -Malaysiapost

Komen