Lanjutan konsensi Plus belum dimuktamadkan

Lanjutan konsensi Plus belum dimuktamadkan

[PARLIMEN] KEPUTUSAN untuk melanjutkan tempoh konsesi Plus Malaysia Bhd selama 38 tahun lagi sehingga 2058 seperti yang diumumkan kerajaan terdahulu pada Januari lalu belum dimuktamadkan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Beliau berkata, kerajaan masih meneliti isu terbabit kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan dan diimbangi.

“Perjanjian mengenai Plus sedang diteliti kerana dalam isu membabitkan tol, banyak perkara sensitif perlu dipertimbangkan seperti kenaikan harga (tol) dan tempoh konsesi.

“Ini perlu diimbangi dengan beban hutang kerajaan termasuk beban rakyat dan tanggungan (syarikat) konsesi.

“Perjanjian dengan Plus ini dalam perbincangan dan belum diputuskan setakat hari ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) sama ada kerajaan akan mengkaji semula keputusan dibuat kerajaan terdahulu melanjutkan tempoh konsesi Plus dan apakah perjanjian mengenainya sudah ditandatangani. -Malaysiapost

Foto Kredit: The Malaysian Reserve

Komen