Perbicaraan ketika Covid-19, mahkamah tertakluk garis panduan ketat

Perbicaraan ketika Covid-19, mahkamah tertakluk garis panduan ketat

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] MAHKAMAH mempunyai kekangan dalam melaksanakan perbicaraan ketika Covid-19 kerana tertakluk pada garis panduan yang ketat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata walaupun terdapat perbicaraan secara sidang video sudah dijalankan pada 9 November lalu, namun ianya adalah alternatif dan boleh dijalankan secara konvensional atas permintaan.

“Pelaksanaan perbicaraan ketika Covid-19 adalah tertakluk pada garis panduan yang ketat dengan ia membabitkan tertuduh dan juga saksi.

“Pada satu-satu masa ketika saksi lain memberi keterangan saksi lain juga perlu berada di mahkamah untuk pengecaman saksi.

“Inilah yang dihadapi oleh mahkamah menyebabkan kes terpaksa ditangguhkan buat sementara wakitu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Takiyuddin (PAS-Kota Bahru) berkata demikian selepas menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengapa kes Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan.

Terdahulu, Takiyuddin menjelaskan perkara yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) sebelum ini mengenai mahkamah boleh meneruskan perbicaraan dengan menghadkan bilangan pemerhati dan media selain menjaga penjarakan sosial.

Beliau berkata, Badan Kehakiman Negara komited dengan meningkatkan keberkesan teknologi bagi prosiding atas talian bagi kes sivil.

Katanya, dalam perbicaraan atas talian awal bulan ini itu, kesemua panel hakim berada di dalam mahkamah terbuka manakala pihak peguam berada di stesen masing-masing. -Malaysiapost

Foto Kredit: Bernama

Komen