PKPB: Boleh berniaga sehingga 12 tengah malam

PKPB: Boleh berniaga sehingga 12 tengah malam

WAKTU operasi aktiviti perniagaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam.

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan tersebut diambil setelah mendengar pelbagai rintihan peniaga kerana terpaksa memendekkan waktu operasi bagi mematuhi syarat PKPB.

“Peniaga restoran, kedai serbaneka, kedai runcit dan stesen minyak di kawasan PKPB tidak lagi perlu menutup operasi pada jam 10 malam.

“Mesyuarat bersetuju membenarkan pembukaan restoran hingga jam 12 tengah malam. Kebenaran itu juga diberi kepada kedai serbaneka, stesen minyak serta kedai runcit. Ia berkuatkuasa dengan segera,,” katanya pada sidang media, hari ini. – Malaysiapost

Komen