27 kawasan di Kuala Langat, Sepang alami gangguan bekalan air

27 kawasan di Kuala Langat, Sepang alami gangguan bekalan air

SEBANYAK 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 malam ini sehingga 5.30 petang esok.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan, ia berikutan kerja-kerja penggantian penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna setelah kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan pada 5.30 pagi esok dan bekalan dijangka hanya pulih sepenuhnya di kawasan terlibat pada jam 5.30 petang esok,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. – Malaysiapost

Komen