311 dikompoun, lima direman ingkar PKP

311 dikompoun, lima direman ingkar PKP

Nurul Huda Abhar

SERAMAI 311 individu dikompaun manakala lima individu direman dan 13 dijamin atas kesalahan ingar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kesalahan tidak memakai pelitup muka adalah yang tertinggi direkodkan semalam, iaitu 131 kes.

“Kesalahan lain ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (59), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (50), rentas negeri/daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (38) dan lain-lain (51).

“Ops Benteng pula menahan 88 pendatang asing tanpa izin (PATI), lima tekong serta merampas 13 kenderaan darat.

“Sebanyak 261 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 652 pemantuan harian ke atas 12 jenis bekalan termasuk peruncit (458), pemborong (161) dan pengilang (33).

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi,” ujarnya. – Malaysiapost

Komen