Asrama pekerja Top Glove dipagar, tiada aktiviti keluar masuk

Asrama pekerja Top Glove dipagar, tiada aktiviti keluar masuk

Sharifudin Abdul Rahim

SUSULAN arahan penutupan 28 kilang pengeluar sarung tangan, Top Glove di Klang susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19, asrama pekerja kilang terbabit didapati telah muka ditutup serta dipasang kawat duri.

Tinjauan Malaysiapost di asrama pekerja kilang terbabit di Meru mendapati, kawalan telah dipertingkatkan apabila tiada aktiviti keluar masuk oleh penghuninya.

Kelihatan juga petugas kesihatan berada dalam kawasan tersebut, dipercayai bagi menjalankan proses saringan Covid-19 dalam kalangan pekerja.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 28 kilang Top Glove di Klang akan ditutup secara berperingkat bagi membolehkan semua pekerja menjalani ujian saringan dan kuarantin.

Semalam sahaja, sebanyak 1,067 kes positif COVID-19 dicatat dalam kalangan pekerja Top Glove. – Malaysiapost

Komen