Kematian anggota PGA: Kehilangan besar buat negara – KPN

Kematian anggota PGA: Kehilangan besar buat negara – KPN

KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli dari Pasukan Gerakan Am (PGA), yang maut akibat terkena tembakan ketika penugasan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan Malaysia – Thailand, awal pagi tadi.

Menerusi Facebook PDRM kejadian berbalas tembakan itu berlaku antara anggota PGA dengan dua kumpulan penyeludup ketika beliau menjalankan tugas risikan di Tembok Sempadan (TS9) yang mana turut mencederakan rakan setugas yang lain.

“Sesungguhnya pemergian Koperal Baharuddin adalah satu kehilangan yang besar buat pasukan dan negara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand maut akibat ditembak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal L Norihan, 39, yang mengalami kecederaan parah. -Malaysiapost

Komen