Ras Adiba Pengerusi baharu Bernama

Ras Adiba Pengerusi baharu Bernama

SENATOR Ras Adiba Radzi, 52, dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, dan merupakan wanita pertama yang memegang jawatan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengumumkan perkara itu hari ini, berkata beliau akan berkhidmat selama tiga tahun berkuat kuasa semalam.

Memetik laporan Bernama, Saifuddin berkata pelantikan bekas personaliti penyiaran berkenaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri itu juga yakin Ras Adiba akan menerajui agensi tersebut ke tahap yang lebih baik di samping meningkatkan mutu dan kualiti penyampaian berita.

“Sebagai ‘orang lama’ dalam dunia penyiaran, saya yakin beliau punyai cukup pengalaman untuk bantu kita (Bernama) dalam penyampaian berita dan hal ehwal semasa,” katanya. -Malaysiapost

Foto Kredit: Instagram/@rasadibaradzi

Komen