Taktik Mahathir kolot, layu

Taktik Mahathir kolot, layu

TAKTIK serangan Tun Dr Mahathir Mohamad keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim kolot dan layu, kata Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah Osman.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu sudah tidak relevan lagi untuk terus berada dalam arus politik negara hari ini.

“Mahathir ibarat telefon dail pusing yang wujud di zaman telefon pintar (smartphone).

“Taktik serangan dengan mengimbas masa lalu dan hanya meletakkan segala kesalahan keatas Anwar adalah taktik lama yang kolot dan layu.

“Corak pemikiran politik beliau sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai dipraktikkan,” katanya menerusi kenyataan.

Syed Badli berkata, individu yang masih bergantung harap kepada cara politik yang diamalkan oleh Ahli Parlimen Langkawi itu perlu belajar untuk keluar dari kepompong politik sempit.

“Mahathir sudah membuktikan kebolehannya dalam berpolitik dan jasa beliau kepada negara cukup besar. Namun zaman kegemilangannya sudah tamat.

“Justeru itu, sudah sampai masanya kita tinggalkan cara politik masa lalu dan bergerak kearah politik masa kini.” katanya. -Malaysiapost

Komen