Keputusan ujian saringan Covid-19 Shiha Zikir negatif

Keputusan ujian saringan Covid-19 Shiha Zikir negatif

Nurul Huda Abhar

PENYANYI, Shiha Zikir memaklumkan bahawa keputusan ujian saringan Covid-19 yang dilakukannya baru-baru ini negatif.

Menerusi hantaran video di laman Instagramnya (IG), Shiha bersyukur kerana keputusan yang diterima negatif dan dalam masa yang sama berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya.

Penyanyi berusia 33 tahun itu turut memaklumkan bahawa walaupun keputusan ujian saringannya negatif, namun dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya dah dapat keputusan swab test saya, syukur Alhamdulillah saya negatif dan apapun, saya masih ambil langkah berjaga-jaga.

“Kita doakan kepada yang dijangkiti wabak Covid-19 dan kepada Aliff Satar supaya cepat sembuh.

“Walau apapun, kita semua haruslah menjaga SOP dengan sebaiknya, ‘stay safe everyone’!” katanya.

Pada masa sama, pelantun lagu ‘Pipiyama’ itu turut memuatnaik slip keputusan ujian saringannya yang dilakukan di sebuah makmal di Shah Alam.

Terdahulu, Shiha telah membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 bagi mewakili Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk nyanyian lagu 7 Nasihat.

Bagaimanapun, Ahad lalu pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar mengumumkan dirinya positif Covid-19.

Susulan kejadian itu, artis dan kakitangan yang terlibat dalam program tersebut kebanyakkannya telah membuat ujian saringan Covid-19.

Semalam, Malaysiapost melaporkan penyanyi Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman yang turut membuat persembahan pada acara tersebut negatif Covid-19. -Malaysiapost

Komen