Kes tembak PGA: 18 individu direman

Kes tembak PGA: 18 individu direman

SERAMAI 18 lelaki tempatan termasuk warga Thailand direman di Mahkamah Majistret di Kangar, antara empat hingga tujuh hari selepas disyaki terbabit dalam serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas mendapat permohonan polis yang melakukan siasatan lanjut, berhubung kejadian terbabit.

Mereka yang direman ialah tiga lelaki warga Thailand dan 15 warga tempatan yang ditahan polis dalam operasi yang dilakukan sejak pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut.

Manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, parah terkena tembakan pada kanan perut. -Malaysiapost

Komen