243 lagi ditahan ingkar arahan PKP

243 lagi ditahan ingkar arahan PKP

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan 243 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 217 individu telah dikompaun manakala 26 individu direman. 

Katanya, kesalahan tertinggi dicatatkan ialah tidak memakai pelitup muka iaitu 79 kes, diikuti gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (48). 

“Selain itu, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (40), rentas negeri / daerah PKPB tanpa kebenaran (20) dan lain-lain (56),” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Operasi Benteng semalam menahan 32 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua tekong serta merampas 10 kenderaan darat. – Malaysiapost

Komen