Dana tambahan RM50 juta perangi Covid-19 di Sabah

Dana tambahan RM50 juta perangi Covid-19 di Sabah

[PARLIMEN] KERAJAAN mengumumkan dana tambahan berjumlah RM50 juta kepada Kumpulan Wang Covid-19 (KWC) bagi memerangi Covid-19 di Sabah.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sukacita diumumkan tambahan itu akan disalurkan Disember ini.

“Rama ahli Yang Berhormat telah menyarankan supaya ditambah peruntukan kepada Kerajaan Negeri, terutamanya Sabah bagi membantu usaha menangani wabak Covid-19.

“Kementerian Kewangan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 26 Oktober lalu, telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM50 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah khusus untuk memerangi pandemik Covid-19,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, peruntukan
RM44 juta juga telah digunakan oleh Kementerian Kesihatan dalam
membendung gelombang wabak Covid-19 di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. -Malaysiapost

Komen