Kelakuan memalukan – Speaker

Kelakuan memalukan – Speaker

Muhammad Mustakim Ramli 

[PARLIMEN] KELAKUAN memalukan, rakyat melihat tingkah laku, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. 

Ia susulan perbalahan antara Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan ketika penggulungan Kementerian Kewangan sebentar tadi. 

“Ini kelakukan memalukan, kita sedang berbahas bajet dan ini perangai kita? Rakyat Nampak kita semua,” katanya. 

Kekecohan berlaku apabila Khalid Samad (PH-Shah Alam) mendakwa Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hanya berbincang dengan Ahli Parlimen kerajaan dan bukannya pembangkang berkenaan pengisian Belanjawan 2021. 

“Dia tak libatkan pembangkang dalam perbincangan. Jawablah bila Menteri Kewangan bincang dengan pembangkang selepas bajet? Pembohongan yang jelas dan nyata,” kata Khalid. 

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) menyindir Khalid dengan mendakwa Pakatan Harapan (PH) juga tidak berbincang dengan pembangkang ketika menjadi kerajaan. 

“Buat apa libat Shah Alam kaki kacau,” celah Datuk Seri Bung Moktar Radin  (BN-Kinabatangan). – Malaysiapost

Komen