Kerajaan kaji kadar, selaras elaun perumahan penjawat awam
[PARLIMEN] Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula dan menyelaras kadar elaun perumahan penjawat awam.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan maklum bahawa kadar elaun perumahan bagi negeri Sabah adalah yang tertinggi.
“Malah penjawat awam yang berkhidmat di Sabah mendapat elaun lebih tinggi daripada penjawat yang berkhidmat di Sarawak atau Semenanjung,” katanya.
Beliau berkata, kali terakhir kadar tersebut disemak adalah pada 30 April 2002.
“Kementerian Kewangan bersetuju untuk mengkaji semula dan menyelaras kadar tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. -Malaysiapost