Kerajaan perluas pengeluaran i-Sinar maksimum RM10,000 kepada semua pencarum

Kerajaan perluas pengeluaran i-Sinar maksimum RM10,000 kepada semua pencarum

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] KERAJAAN memperluaskan skop pengeluaran I-Sinar akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua pencarum dengan jumlah maksimum RM10,000.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata jumlah itu diperluaskan dari hanya dua juta pencarum kepada lapan juta pencarum.

Beliau memaklumkan perkara itu diputuskan pagi tadi selepas mengadakan dengan perbincangan dengan KWSP.

Sebelum ini, program i-Sinar diperkenalkan bagi meringankan beban aliran tunai serta memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata program itu adalah kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang dilancarkan KWSP pada Mac lalu.-Malaysiapost

Komen