KPDNHEP atur pertemuan dengan pengusaha bas

KPDNHEP atur pertemuan dengan pengusaha bas

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bertemu pengusaha bas yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya memahami kesulitan dialami pengusaha bas yang tidak dapat beroperasi, selain masalah membabitkan syarikat kredit yang tidak memberi moratorium kepada peminjam.

“Berikan kami sedikit masa kerana ia membabitkan beberapa akta. Kita akan usahakan jalan penyelesaian. Kita peduli nasib mereka,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab celahan Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) mengenai usaha KPDNHEP membantu pengusaha bas yang terjejas.

Alexander juga akan memberikan tarikh pertemuan kementeriannya dengan pengusaha bas dalam tempoh terdekat selepas Kasthuri turut membangkitkan pihak itu gagal bertemu menteri dan timbalannya untuk membincangkan isu berkenaan. – Malaysiapost

Komen