Mukhriz sindir siapa?

Mukhriz sindir siapa?

Muhammad Mustakim Ramli

SEJURUS usul Belanjawan 2021 lulus dalam undian di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memuat naik ciapan di Twitter yang dilihat ada kaitan dengan keputusan undian berkenaan.

“Biar mati berdiri, dari hidup melutut,” katanya.

Ciapan itu berkemungkinan susulan hanya 13 sahaja Ahli Parlimen khususnya dari pembangkang tidak menyokong Belanjawan 2021 dan mohon untuk undi belah bahagi.

Difahamkan 13 Ahli Parlimen itu dari parti Amanah dan Ahli Parlimen Bebas yang menyokong Pejuang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan itu selama sejam yang kemudiannya disokong semua Ahli Parlimen kerajaan.

Kelulusan RUU berkenaan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Ketika proses pengundian, ada wakil rakyat pembangkang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya membuat undi berbelah bahagi.

Semalam, Dr Mahathir menerusi kenyataan menyatakan beliau dan Ahli Parlimen Pejuang tidak akan menyokong Belanjawan 2021. – Malaysiapost

Foto Kredit: Adzlan Sidek

Komen