Pemberian ‘one-off’ RM500 diperluas kepada 80,000 pesara, bekas polis

Pemberian ‘one-off’ RM500 diperluas kepada 80,000 pesara, bekas polis

[PARLIMEN] KERAJAAN bersetuju untuk meluaskan lagi kategori penerima inisiatif pemberian one-off sebanyak RM500
kepada kategori Pesara dan Bekas Polis.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata semasa sesi pembentangan Belanjawan 2021 lalu, kerajaan mengumumkan inisiatif pemberian one-off sebanyak RM500 kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara.

“Namun begitu, setelah mengambil kira cadangan oleh Persatuan Bekas Polis Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk meluaskan lagi kategori penerima,” katanya.

Beliau berkata, pemberian one-off kepada pesara dan bekas polis itu membabitkan implikasi penerima tambahan dianggarkan seramai 40,000 orang lagi.

“Ini menjadikan jumlah penerima pemberian one-off ini seramai 80, 000 orang dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. -Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen