Potongan sewa premis PKS dilanjut 6 bulan

Potongan sewa premis PKS dilanjut 6 bulan

Nurul Huda Abhar

[PARLIMEN] KERAJAAN bersetuju memberi potongan cukai khas bagi pengurangan sewa premis kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dilanjutkan enam bulan lagi sehingga Mac tahun depan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ia antara usaha membantu PKS yang terkesan akibat lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut beliau, kerajaan menggalakkan pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang menikmati penangguhan atau moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan untuk mengambil tindakan sewajarnya mengurangkan bebanan sewa premis perniagaan ditanggung golongan PKS.

“Melalui Pakej Rangsangan Penjana, pemilik premis perniagaan/pemberi sewa atau landlord yang memberi pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada PKS, akan diberi potongan cukai khas tetapi in telah berakhir pada September 2020.

“Potongan ini tertakluk kepada syarat pengurangan sewa hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2021, hari ini. – Malaysiapost

Komen