Saya bukan ketawa sebab soalan telur – menteri KPDNHEP

Saya bukan ketawa sebab soalan telur – menteri KPDNHEP

[PARLIMEN] MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan tindakan beliau berbalas kata-kata dengan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) disebabkan provokasi.

Katanya, ia juga disebabkan tuduhan yang tidak berasas dilemparkan Ahli Parlimen daripada DAP tersebut.

“Saya bukan ketawa ketika YB Khoo mengajukan soalan tentang telur, tetapi pada ketika itu saya sedang duduk dan senyum bagi mengiyakan perbualan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Saya tidak takut dan sentiasa bersedia untuk menjwab isu telur yang diketengahkan. KPDNHEP sentiasa mengambil berat dan memantau apa sahaja isu kepenggunaan dan barangan yang dipertanggungjawabkan di bawah kementerian ini,” katanya menerusi kenyataan.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata demikian susulan tuduhan Poay Tiong yang menyatakan beliau ketawa ketika diajukan soalan berkenaan harga telur pada sesi penggulungan menteri di Dewan Rakyat hari ini. – Malaysiapost

Komen