Tambahan RM50 menerusi Program eBelia dalam akaun e-wallet

Tambahan RM50 menerusi Program eBelia dalam akaun e-wallet

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN mencadangkan pemberian RM50 menerusi Program eBelia secara ‘one-off’ ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan menjangkakan bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta belia.

“Menteri Pengajian Tinggi juga berpandangan agar keperluan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi diteliti oleh Kementerian Kewangan.

“Oleh itu, mengambil kira permintaan Ahli Parlimen seperti Yang Berhormat (YB) Pontian, Pasir Mas, Arau dan Muar untuk membantu mahasiswa di IPT dan IPTS dalam konteks norma baharu, kerajaan bersetuju untuk menambah baik program eBelia,” katanya ketika sesi pergulungan perbahasan Belanjawan 2021.

Menurut beliau, penambahbaikan termasuk meningkatkan jumlah eBelia daripada RM50 kepada RM100.

Seterusnya, katanya, kerajaan bersetuju memanjangkan inisiatif kepada 1.1 juta mahasiswa di IPT dan IPTS termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun. – Malaysiapost

Komen