Tiada sebab Wisma Putra tak bantu bawa balik Jho Low

Tiada sebab Wisma Putra tak bantu bawa balik Jho Low

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] TIADA sebab Wisma Putra tidak mencari dan membawa balik Jho Low, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata ketika ini belum tahu kesahihan ahli perniagaan buruan Malaysia itu benar-benar berada di China.

“Kalau ada… PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan maklum pada Wisma Putra kedudukan sebenar di mana dia berada.

“Tiada sebab Wisma Putra tidak membantu mencari dan membawa balik dia untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai usaha menangkap Jho Low selepas dikatakan berada di China.

Sebelum ini media melaporkan, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho yang mendalangi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa suspek lain dipercayai bersembunyi di China. – Malaysiapost

Komen