Bob Lokman mohon bantuan pembedahan jantung

Bob Lokman mohon bantuan pembedahan jantung

Nurul Huda Abhar

BEKAS pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 55, memohon sumbangan bagi menjalani pembedahan berkaitan jantung yang menelan belanja sekitar RM60,000.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau merayu derma ikhlas untuk pemasangan Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD), iaitu sejenis alat untuk mengawal degupan jantung.

“Assalamualaikum. Saya Bob Lokman (Pesakit Jantung) dengan kerjasama Muslim Care Malaysia.

“Memohon rayuan derma ikhlas tuan dan puan untuk pemasangan IACD (Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator). Sejenis alat untuk mengawal degupan jantung,” tulisnya hari ini.

Menerusi entri tersebut, turut disertakan nombor akaun Maybank isteri Bob, Relawati Daud dan nombor telefon untuk memberi sumbangan atau sebarang pertanyaan.

“Pembedahan (+ -) sebulan dari sekarang. Kosnya sekitar RM60,000.

“Maybank, 162348359386 Relawati Bt Daud, isteri saya. Maybank, 564490211159 Muslim Care Malaysia.

“019 282 5555 Bob Lokman, 019 385 3535 Puan Lela, 019 251 8771 Hj Zul Wahijan,” tulisnya.

Awal Januari lalu, bekas pelakon filem Iskandar yang turut dibintangi Awie, dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat masalah buah pinggang.

Sebelum ini, Bob menghadapi masalah paru-paru dan jantung.

Hasil perkongsian hidup dengan Relawati Daud, 42, mereka dikurniakan lapan anak iaitu Mohamad Adam, 27, (meninggal dunia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6. – Malaysiapost

Komen