Menteri belanja staf pekena rojak kegemaran di tepi jalan

Menteri belanja staf pekena rojak kegemaran di tepi jalan

DI sebalik jadual kerja yang padat, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sempat membawa pegawainya menikmati cendol kegemaran di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu memuat naik gambar beliau dan staf menikmati cendol dan rojak dijual menerusi ‘food truck’ di tepi jalan itu di Instagram miliknya hari ini.

Menerusi hantaran itu, Alexander berkata ‘sesi cendol’ itu juga peluang untuknya meninjau sendiri keadaan peniaga kecil setempat.

“Habis kerja, saya ajak staf makan cendol dan rojak terbaik di tepi jalan.

“Sambil-sambil kita bantu peniaga kita,” kata Ahli Parlimen Kapit itu yang turut memuat naik tiga gambar beliau menikmati dua menu tersebut. – Malaysiapost

Komen