PKPB di Tongkang Pecah, Batu Pahat mulai lusa

PKPB di Tongkang Pecah, Batu Pahat mulai lusa

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tongkang Pecah, Batu Pahat bermula 29 November hingga 13 Disember.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia dibuat berdasarkan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, sehingga kini KKM telah melakukan 672 ujian saringan dengan 56 kes positif Covid-19 direkodkan di kawasan tersebut.

“Pada masa sama masih terdapat 301 sampel saringan yang masih menunggu keputusan.

“PKPB ini melibatkan seramai 16,300 penduduk di kawasan Bandar Putera Indah, Lorong 7 hingga 10, Batu 7, Kampung Mohd Nor,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan PKPB itu bagi membolehkan saringan secara bersasar dilaksanakan dan untuk mengurangkan pergerakan penduduk di komuniti tersebut.

Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan PKPB di Kuching, Sarawak yang bermula 9 November lalu ditamatkan hari ini.

Katanya, KKM mendapati kes aktif di daerah itu telah menunjukan trend penurunan dan terkawal. – Malaysiapost

Komen