1,315 kes baharu, 4 kematian direkodkan

1,315 kes baharu, 4 kematian direkodkan

Nurul Huda Abhar

JUMLAH kes positif Covid-19 masih mencatatkan peningkatan apabila 1,315 kes harian baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 63,176 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes sembuh Covid-19 hari ini sebanyak 1,110 kes.

Menurut beliau, ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya kini 51,3144 kes iaitu 81.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sabah masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu 476 kes, diikuti Selangor sebanyak 266 kes dan Kuala Lumpur 191 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan empat kematian Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 350 kes iaitu 0.56 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.” ujarnya.

Tambahnya, sehingga kini terdapat 118 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 43 memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen