Amaran cuaca waspada peringkat kuning di beberapa negeri

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di beberapa negeri di seluruh negara.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku hingga esok di Kemaman, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang iaitu Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Sarawak pula hujan lebat dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.

“Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan di daerah Kudat, Pantai Barat dan pedalaman Sabah serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 30 November ini.

“Selain itu, amaran cuaca waspada dan hujan lebat dijangka berlaku bermula esok hingga Isnin (30 November) membabitkan beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu,’’ katanya seperti dilaporkan Bernama, hari ini. – Malaysiapost

Komen