Muhyiddin cadang tubuh Majlis Presiden PN

Muhyiddin cadang tubuh Majlis Presiden PN

MAJLIS Presiden yang dianggotai ketua parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu ditubuhkan, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, majlis itu akan membolehkan semua ketua parti menyampaikan pandangan parti masing-masing terutama mengenai dasar kerajaan untuk perhatian Kabinet.

“Saya mencadangkan pertemuan antara ketua parti yang membentuk kerajaan PN diadakan secara lebih kerap. Mungkin sudah sampai masanya sebuah Majlis Presiden dianggotai ketua parti dalam PN, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diwujudkan.

“Mesyuarat secara berkala boleh diadakan untuk membincangkan perkara berkait dasar ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain lagi. Ini penting kerana tidak semua ketua parti berada dalam Kabinet,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Tahunan 2020 Bersatu. -Malaysiapost

Komen