Asyraf Wajdi saran Bersatu kembali kepada Umno

Asyraf Wajdi saran Bersatu kembali kepada Umno

PIMPINAN dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disaran agar kembali menyertai Umno.

Saranan itu dikemukakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki menerusi satu kenyataan.

Hujah Dr Asyraf, ia demi mengelakkan Perpaduan Melayu dan Penyatuan Ummah menjadi retorik.

“Sebagaimana saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya merasakan sudah tiba masanya untuk Tan Sri bersama seluruh saf kepimpinan dan ahli Bersatu untuk kembali menyatu ke pangkuan Umno.

“Hakikatnya dasar, orientasi dan ideologi Bersatu tiada bezanya dengan Umno, kerana semuanya berasal daripada rahim yang sama….Umno,” katanya menerusi Facebook.

Dr Asyraf berkata, penyatuan ini bertujuan untuk menyelamatkan dan memartabatkan Islam, bangsa dan Tanah air.

“Demi merealisaikan cita-cita besar ini, demi perjuangan memartabatkan Islam, bangsa dan Tanah air yang suci ini;
Demi masa depan anak cucu dan generasi.

“Maka, kita semua harus leburkan keegoan yang membelenggu diri, membenamkan sejarah hitam lampau yang masih menghantui.

“Dan mengorak langkah bersama bagi melakar sejarah baru yang memenuhi citra dan harapan ummah dan tuntutan wahyu Ilahi,” ujarnya. -Malaysiapost

Komen