Rogol, cabul kini dituduh rogol lagi

Rogol, cabul kini dituduh rogol lagi

LAGI mangsa pendakwah selebriti buat laporan. Kini membabitkan seorang guru berusia 22 tahun yang tampil membuat laporan menjadi mangsa rogol.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Damansara ke atas suspek.

“Setakat ini di Petaling Jaya kita menerima dua laporan membabitkan cabul dan rogol oleh individu terbabit.

“Maklumat lanjut berkaitan kejadian itu akan dimaklumkan nanti,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Terdahulu, petang tadi dilaporkan pendakwah selebriti yang ditahan polis berhubung siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam minggu lalu, ditahan sekali lagi oleh polis daerah ini atas kes cabul seorang lagi gadis berasingan.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang wanita berusia 22 tahun pada jam 3.51 petang kelmarin, mendakwa dicabul lelaki berusia 25 tahun yang juga pendakwah selebriti.

Pendakwah selebriti terbabit sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira 11 malam Khamis lalu, selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.-Malaysiapost

Komen