Safawi terus panaskan bangku simpanan

Safawi terus panaskan bangku simpanan

PENANTIAN peminat bola sepak negara untuk melihat Safawi Rasid beraksi di pentas Eropah nampaknya belum kesampaian apabila pemain Harimau Malaya itu masih belum diturunkan.

Dalam saingan Primeira Liga Portugal awal pagi tadi, Safawi hanya memanaskan tempat duduk pemain simpanan ketika Portimonense menentang Nacional.

Dalam perlawanan itu, Portimonense mengakhiri rentetan kekalahan dalam empat perlawanan apabila menewaskan Nacional dengan keputusan 1-0.

Sebelum bertemu Nacional, Portimonense mengalami kekalahan dalam empat perlawanan terakhir, tiga dalam saingan liga manakala satu dalam saingan Ta├ža de Portugal atau Piala Portugal.

Penyerang utama, Fabricio menjadi wira pasukan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 sekali gus menjadi gol tunggal perlawanan.

Pada perlawanan liga yang seterusnya, Portimonense akan turun berdepan Vitoria SC di laman lawan. – Malaysiapost

Komen