Selepas rogol, pendakwah selebriti dituduh cabul

PENDAKWAH selebriti yang ditahan polis bagi dakwaan merogol seorang gadis, Khamis lalu kini dituduh mencabul seorang pelajar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan oleh pelajar berusia 22 tahun petang semalam.

“Mangsa mendakwa dicabul suspek pada jam 1 pagi pada 17 Oktober lalu.

“Berdasarkan laporan, mangsa dipelawa ke rumah suspek di Damansara Perdana untuk mengajar ilmu pemasaran perniagaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dicabul dan turut dipaksa melakukan seks oral.

“Mangsa mengalami trauma dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Untuk makluman, suspek masih ditahan polis bagi satu lagi kes berlainan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pendakwah selebriti ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis tahun lalu.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. – Malaysiapost

Komen