Undi belah bahagi dilaksanakan

Undi belah bahagi dilaksanakan

Fitri Nizam

[PARLIMEN] AHLI Parlimen pembangkang meminta undi belah bahagi bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 untuk lima kementerian di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ia mendapat sokongan hampir semua Ahli Parlimen pembangkang iaitu melebihi daripada 15 sokongan yang diperlukan.

Justeru, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memperuntukkan masa 20 minit untuk undi belah bahagi yang diminta dilaksanakan.

Untuk undi ini, menteri atau timbalan menteri berjawatan Senator tidak dibenarkan mengundi mengikut peraturan Dewan Rakyat. – Malaysiapost

Komen