Amaran cuaca buruk di Perlis, Kedah, Kelantan

Amaran cuaca buruk di Perlis, Kedah, Kelantan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Perlis, Kedah dan Kelantan sehingga Khamis.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, negeri yang terbabit adalah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).

Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan di Kedah membabitkan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda serta Hulu Perak di Perak, Kuala Krai di Kelantan dan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu sehingga Rabu. – Malaysiapost

Komen