Artortoise meningggal dunia

Artortoise meningggal dunia

KARTUNIS komik dakwah Mohamad Ikhsan Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Artortoise meninggal dunia jam 1.37 pagi tadi.

Berita duka ini disahkan menerusi pengendali laman Facebook Artortoise pagi ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.

“Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,” katanya.

Dipercayai, Artortoise mengidap kanser pangkal hidung tahap tiga dan menjalani rawatan sebelum dimasukkan ke Hospital Selayang bagi rawatan komplikasi Hepatitis B sejak 22 Oktober lalu.

Nama Artortoise mula menjadi perhatian orang ramai di media sosial selepas beberapa siri lukisannya menjadi viral dan menyentuh perasaan orang ramai.

Artortoise sering menghasilkan lukisan mengikut keadaan semasa.

Difahamkan, jenazah beliau akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini. -Malaysiapost

Komen