Belanjawan 2021 untuk Kementerian Perpaduan Negara lulus

Belanjawan 2021 untuk Kementerian Perpaduan Negara lulus

Fitri Nizam

[PARLIMEN] DEWAN Rakyat sebentar tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Kasnon, selepas diputuskan dengan undian suara majoriti Ahli Parlimen.

Proses pengundian itu tanpa melalui proses undian belah bahagi.

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dibuat oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Ketika pengumuman Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Kementerian Perpaduan Negara diperuntukan RM150 juta iaitu RM50 juta kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan RM100 juta bagi membantu menaik taraf sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

Selepas Kementerian Perpaduan Negara, satu lagi kementerian akan menggulung hari ini iaitu Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebelum sidang ditamatkan. – Malaysiapost

Komen