Covid-19: 1,472 kes baharu, Selangor catat kes harian tertinggi

Covid-19: 1,472 kes baharu, Selangor catat kes harian tertinggi

Nurul Huda Abhar

SEBANYAK 1,472 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia terus meningkat kepada 67,169.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 891 kes, iaitu peningkatan lebih sekali ganda berbanding 402 kes semalam.

“Ini diikuti Sabah yang mencatatkan sebanyak 267 kes dan Negeri Sembilan 146 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes sembuh Covid-19 hari ini adalah 1,552 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya kini 56,311 iaitu 83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau turut memaklumkan pertambahan tiga kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 363 iaitu 0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Tiga kes kematian melibatkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara,” ujarnya.

Tambahnya, sehingga kini terdapat 120 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 44 memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen