Kempen Sawit Anugerah Tuhan bahaya, dakwa Hanipa

Kempen Sawit Anugerah Tuhan bahaya, dakwa Hanipa

[PARLIMEN] AHLI Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mendakwa penjenamaan semula kempen “Sayangi Sawitku” kepada “Sawit Anugerah Tuhan” berbahaya kepada negara.

Dengan memberikan contoh di negara Barat, beliau berkata, rata-rata negara akan menganggap kempen itu lebih kepada patuh syariah kerana terdapat perkataan “Tuhan”.

“Kita kena faham di luar sana sudah anti kita (kelapa sawit). Bila sebut nama Tuhan itu, bagi orang Barat ini mereka menganggap ada kaitan dengan syariah.

“Jadi mereka lihat menteri daripada parti Islam ada masalah. Kena tukar menteri ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, Hanipa berkata, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali perlu dielak untuk berkempen ke luar negara.

Pada 22 Julai lalu, kempen “Sayangi Sawitku” yang dilancarkan awal tahun lalu kini dikenali sebagai “Sawit Anugerah Tuhan”. – Malaysiapost

Komen