Sidang Dewan Rakyat diteruskan

Sidang Dewan Rakyat diteruskan

[TERKINI] Ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen dibenarkan masuk semula ke dalam Dewan Rakyat untuk meneruskan sidang.

Menurut Azhar, terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku terhadap sistem penggera Parlimen dan perkara itu masih dalam siasatan.

Parlimen bersidang semula 15 minit kemudian.

Terdahulu, Sidang Dewan Rakyat terhenti apabila terdapat amaran kebakaran dikeluarkan oleh sistem penggera Parlimen kira-kira jam 10.20 pagi tadi. 

Susulan itu, Azhar Azizan Harun kemudiannya mengarahkan semua Ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen keluar meninggalkan dewan.

Ketika sistem penggera itu berbunyi, Datuk Seri Mahadzir Khalid (Padang Terap – BN) sedang bertanyakan soalan tambahan kepada Kementerian Sains Teknologi dan Industri.

Bagaimanapun, beliau menghentikan soalannya ketika sistem penggera itu berbunyi. -Malaysiapost

Komen