AirSial bakal ‘fly’ pertengahan bulan ini

AirSial bakal ‘fly’ pertengahan bulan ini

AIRSIAL iaitu syarikat penerbangan swasta ketiga Pakistan yang sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 akibat penularan pandemik koronavirus akan mula beroperasi pertengahan bulan ini.

Menurut laporan portal Profit, penerbangan pertama AirSial menggunakan pesawat Airbus A320 telah tiba dari Amerika Syarikat (AS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Ahad lalu.

Agensi melaporkan kesemua operasi penerbangan AirSial dikatakan akan bergantung sepenuhnya pada tiga buah pesawat Airbus A320-200 yang dipinjam daripada AerCap.

Syarikat AerCap adalah syarikat pinjaman pesawat terbesar di dunia yang berpangkalan di Dublin, Ireland.

Meraikan penerbangan pertama AirSial ke Pakistan, bekas kapten pasukan kriket kebangsaan, Shoaib Malik memuat naik status di Twitter bagi meluahkan rasa bangganya.

“Akhirnya pesawat AirSial A320 yang dinanti-nanti telah tiba, ini waktu yang membanggakan buat semua orang di bandar Sialkot yang turut bekerja keras sepanjang proses ini,” katanya. – Malaysiapost

Komen