Dewan Rakyat lulus Belanjawan MAFI

Dewan Rakyat lulus Belanjawan MAFI

[PARLIMEN] DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui undian suara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata bahawa berdasarkan peraturan mesyuarat, keputusan ahli parlimen menunjukkan lebih kepada bersetuju.

“Ahli yang berhormat, perbelanjaan RUU Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi peringkat jawatankuasa dijadikan sebahagian daripada anggaran perbelanjaan,” katanya.

Sebelum itu, sesi penggulungan dilakukan oleh Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee membabitkan anggaran perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sebanyak RM4,790,428,000 (pembangunan dan pengurusan).

Setakat ini parlimen meluluskan belanjawan untuk enam kementerian dalam undian peringkat jawatankuasa. -Malaysiapost

Komen