Isu jari tengah: Speaker tak pasti apa yang berlaku

Isu jari tengah: Speaker tak pasti apa yang berlaku

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] “SAYA kurang pasti apa yang terjadi, ‘honesty’ saya tidak nampak,” kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata demikian mengulas isu berhubung ‘jari tengah’ membabitkan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Komoditi, Willie Mongin, semalam.

Azhar berkata, beliau sudah menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung isu berkenaan, namun tidak jelas.

“Saya tidak pasti sama ada ia berlaku atau tidak dan semalam saya juga ada pertemuan dengan Timbalan Menteri dan beliau menafikannya.

“Malah video yang tular juga saya tengok berulang kali termasuk yang ‘slow motion’.. saya tak dapat pastikan ia benar-benar berlaku,” katanya menjawab Fahmi Fadzil (PH-Lembah Klang) berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Khoo Poay Ting (PH-Kota Melaka) yang mencelah mahu mengemukakan video yang jelas mengenai perlakuan Ahli Parlimen Puncak Borneo menunjukkan ‘jari tengah’ kepada Speaker Dewan Rakyat.

Azhar berkata, beliau bersedia dan mahu Khoo mengemukakan video itu kepada beliau selepas persidangan Dewan Rakyat.

“Terima kasih Kota Melaka, saya jemput ke kamar saya untuk kemukakan video berkenaan,” katanya. -Malaysiapost

Komen