1,123 kes baharu Covid-19, 1,143 sembuh

1,123 kes baharu Covid-19, 1,143 sembuh

Fitri Nizam

KES baharu positif Covid-19 di negara ini mencatatkan 1,123 kes dengan jumlah kes terbesar dilaporkan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sabah mencatat kes harian tertinggi dengan 391 kes baharu.

Selain itu, terdapat dua kluster baharu dikesan di Sabah iaitu Kluster Batu Tiga dan Kluster Jalan Domis.

“Negeri di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pula mencatatkan 490 kes iaitu 43.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini.

“Berdasarkan pecahan kes Sabah (391), Kuala Lumpur (265), Selangor (221), Johor (66), Pulau Pinang (44), Perak (39), Kelantan (35), Kedah (30), Negeri Sembilan (10), Labuan (10), Putrajaya (4), Pahang (2) dan Sarawak (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 130 kes positif Covid-19 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah 380 kes (0.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Menurut kenyataan itu, kematian itu membabitkan pesakit berusia 46 hingga 75 tahun iaitu dua di Sabah manakala masing-masing satu di Johor dan Selangor.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan terdapat 1,143 kes disahkan sembuh menjadikan jumlah kes sembuh 60,204 iaitu 84.4 peratus. – Malaysiapost

Komen