Adakah Muafakat Nasional akan terkubur? – Ustaz Ahmad Husam

Adakah Muafakat Nasional akan terkubur? – Ustaz Ahmad Husam

Fitri Nizam

ADAKAH tahun ini kita akan menangis kerana muafakat kita akan berkubur, soal Pendakwah Bebas, Ahmad Husam Baderudin.

Beliau berkata, Muafakat Nasional (MN) yang diusahakan antara parti Melayu terbesar iaitu Umno dan PAS adalah muafakat rakyat.

Katanya, termeterainya piagam dalam muafakat itu pada September lalu disusuli dengan tangisan kegembiraan kerana ia menyatukan orang Melayu.

“September tahun lalu kita menangis kegembiraan kerana termeterainya sebuah piagam menyatukan kita.

“Adakah tahun ini kita akan menangis kerana Muafakat kita akan berkubur?,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Kenyataan pendakwah itu dikeluarkan di tengah-tengah kemelut politik yang melanda negeri Perak apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disingkirkan hasil daripada usul percaya yang dibawakan Umno.

PAS yang kini sudah menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak akan menyertai gabungan untuk membentuk kerajaan negeri.

Umno pula tampil mengatakan bahawa barisan kepimpinan negeri Perak dan kerajaan PN akan dikekalkan sebaliknya tindakan mereka itu hanyalah untuk jawatan Menteri Besar.

Ahmad Husam berkata, beliau amat sayang pada muafakat yang dibina antara kedua-dua parti Melayu itu justeru beliau menasihatkan supaya semua pihak menggunakan kematangan untuk membuat keputusan.

“Semua kita ada akal yang sihat dan matang… Semuanya itu di tangan kita,” katanya. – Malaysiapost

Komen