MB Perak rasmi letak jawatan

MB Perak rasmi letak jawatan

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Sultan Nazrin MuizzuddinShah hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang berkata, beliau menyerahkannya ketika mengadap Sultan Perak jam 3 petang tadi.

“Dan di kesempatan itu saya telah menyerahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak dan seluruh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

“Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Paduka Seri Sultan,” katanya pada sidang media khas di Laman Seri Ridzuan di Ipoh hari ini.

Semalam, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu gagal mendapat kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) susulan hanya memperolehi 10 berbanding 48 undi menolak pada usul undi percaya terhadapnya. – Malaysiapost

Komen