Rentas daerah, negeri dibenarkan mulai Isnin

Rentas daerah, negeri dibenarkan mulai Isnin

BERMULA Isnin ini, kerajaan memutuskan pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu polis tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Seperti saya katakan, perlu ada keseimbangan antara keperluan ekonomi dan menjaga kesihatan. Seperti yang kita tahu 31 Disember ini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan berakhir tetapi kita masih belum tahu sama ada akan disambung atau sebaliknya.

“Jadi beberapa kelonggaran dipersetujui. Antaranya bersetuju supaya rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali kawasan PKPD,” katanya. – Malaysiapost

Komen